Blogger Backgrounds

Wednesday, 5 September 2012

Sebagai seorang muslim....

1. Berusaha tidak bersendawa, menghindari makanan yang menyebabkan sendawa atau makanan yang membanyakkannya. Dan jika tidak dapat dihindari, bersendawalah dengan suara yang ringan, kemudian bacalah istighfar sesudah sendawa.
Daripada Abu Juhaifah katanya,”Aku memakan kepingan roti dan daging kemudian aku mendatangi nabi lalu aku sendawa. Beliau bersabda, pendekkan sendawamu kerana sesungguhnya orang yang paling lapar pada Hari kiamat kelak ialah orang yang paling kenyang di dunia.”
2. Memotong kuku tangan dan kaki sekali setiap minggu. Janganlah memanjangkannya walaupun sebahagian darinya kerana dikuatiri tersimpan najis dan perbuatan demikian menyerupai haiwan yang buruk.

3. Memotong rambut setiap kali ia panjang, menjaga kebersihannya dan menyisirnya selalu, yakni jangan pula sampai berlebih-lebihan (tidak membiarkannya dan tidak pula menumpukan perhatian kepadanya 

4. Mengutamakan bahagian kanan, yakni mendahulukan kanan dalam semua perkara yang mulia, seperti ketika mandi, berwuduk, menghormat, berjabat tangan. memakai pakaian atau kasut, memotong kuku, mengambil dan menerima pemberian, makan dan minum. Mengutamakan bahagian kiri yakni perkara yang tidak mulia, seperti membuang ingus, meludah, menanggalkan pakaian dan kasut beristinjak, dan menyentuh aurat. Daripada Aisyah katanya, Rasulullah s.a.w menggunakan tangan kanan untuk bersuci dan makan, sedangkan tangan kiri untuk bersuci dan yang kotor-kotor
.
5. Jangan menghadap kiblat ketika meludah, membuang ingus dan kahak, tapi hendaklah ke arah kiri dan pada saputangan yang khusus supaya tidak mengganggu orang lain.
6. Mengalihkan wajah ketika bersin dari muka manusia, dan dari makanan dan minuman agar percikan ingus tidak mengenai orang lain, dan meletakkan saputangan atau tangan ke mulut, memperlahankan suaranya sedapat mungkin.
Daripada Abi Hurairah katanya, Apabila Rasulullah s.a.w bersin, beliau meletakkan tangannya di mulutnya dan dengannya suaranya menjadi tidak kuat.
7. Memuji Allah sesudah bersin.

8. Orang yang bersin dan memuji Allah hendaklah dijawab dengan (yarhamukallah) dan orang yang bersin pula menjawabnya dengan doa yang berikut (yahdikumullahu wa yushlihu balakum)

9. Meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak layak ketika mulut terbuka, juga untuk menghalang sesuatu masuk ke dalam mulut. Juga disuruh mengurangkan suaranya, dan jika dapat, jangan sampai mengeluarkan suara. Selepas menguap hendaklah beristighfar kepada Allah kerana menguap adalah bukti kemalasan. Oleh itu Allah tidak menyukainya dan menyatakan bahawa ia disebabkan syaitan.
Dari Abu Hurairah bahawa nabi bersabda, “Sesungguhnya Allah suka akan bersin dan benci akan menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan ”Yarhamukallah”. Adapun menguap adalah dari syaitan, jadi jika salah seorang dari kamu menguap maka hendaklah ia mengembalikannya sedapat mungkin kerana apabila kamu menguap, syaitan ketawa melihatnya.”
10. Menjaga kebersihan secara menyeluruh dengan cara mandi dan menyucikan diri.

11. Mengingat Allah dan bersyukur kepadaNya ketika berkaca (melihat wajah di cermin) kemudian berdoa dengan doa yang warid dari nabi : ”Segala puji bagi Allah, sebagaimana engkau elokkan kejadian aku maka elokkanlah akhlakku.” 

12. Menggunakan telefon bila perlu sahaja, bukan untuk bermain-main, bergurau atau untuk mengejutkan orang lain, dan bertelefonlah pada waktu-waktu yang sesuai, awali percakapan dengan salam, mengenalkan diri, kemudian menyebut maksud.

13. Membiasakan diri dengan amal yang salih, seperti beribadah, bersedekah, sembahyang unat, menghampirkan diri kepada Allah, berzikir dan membaca Al-Quran. Jangan meninggalkan demikian kerana malas, enggan atau kesibukan dunia.
Daripada Aisyah katanya, amalan yang disukai Rasulullah ialah amalan yang terus menerus dilakukan seseorang.
14. Meninggalkan berlebihan dalam segala suatu, tidak melakukan suatu yang tidak berguna, selalu memperbaiki diri dan berusaha memperbaikinya.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda ”Sebahagian tanda kebagusan Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak dimaksudnya.
15. Memberi nasihat kepada orang yang mengenali kebaikan, yakni dengan nasihat yang baik bagi orang itu samaada pada agamanya atau dunianya.

16. Menerima nasihat orang lain, mahu mengakui kebenaran dan kembali semula kepadanya, juga mengakui kesalahan diri sendiri jika memang benar sudah salah, dan jangan berterusan padanya, kerana kebenaran itu ialah barang orang mukmin yang hilang, yang terus dicarinya dan akan berterima kasih kepada orang yang menyerahkannya kepadanya serta memuji setiap orang yang sudi memberi nasihat.

17. Membiasakan hidup sederhana, mensyukuri yang sedikit, dan meninggalkan hidup bermewah-mewah dan bersenang-senang di dunia kerana sifat itu menjauhkan diri dari takbur dan ujub serta selamat dari sifat sombong, memuji-muji diri dan angkuh.
Dari Aisyah katanya,”Tikar Rasulullah s.a.w diperbuat dari kulit yang disamak setelah dipenuhi dengan sabut.”
18. Ikhlas kerana Allah dalam semua pekerjaan, menjadikan matlamat utama dari kehidupan sebagai syiar orang mukmin yang diletakkannya di hadapan dan terus menerus mengulang-ulang sebutan ”Oh Tuhanku, Engkaulah tujuanku, dan RedaMulah yang ku cari”.
.

Sunday, 26 August 2012

MemOries



 ni la anak anak saudara aku yang kecil... yang besar pun ada tapi x sempat nak upload..... baru sehari aku balik di kmk ni dah rindu diorang... rindunya kampung aku.... best di kampung aku semuanya ada.. tapi xda la shopping mall... cuma kat sini ada permandangan sawah padi.. bukit... laut.. air terjun... memang best di kampung...
yang ni pulak tempat aku selalu lepak dengan member2 tiap kali kitaorang pi jogging... best kalau naik kat tempat ni.. permandangan kat atas ni memang memukau mata la.. hehee....

Tabahkan hatiku....

Hari ni aku dah start belajar.. tapi mood belajar hilang entah kemana... Cuti 2 minggu di rumah buat aku rasa sayu sangat nak tinggalkan rumah.... SEDIHHHH..... maklum sajalah aku mana penah berjauhan dari keluarga... sekarang pun masih dalam mood raya ni.. tapi aku kena struggle sebab belajar di sini....
Sampai ja di sini aku rindu saat berayadi rumah... sedihnya hatii.... Tapi aku harus kuat untuk terus berjuang dalam mencapai kejayaan di sini.... 

Thursday, 2 August 2012

CharLIe ohh CHArlie....

First time dengar orang kata kena charlie... aku pelik juga... binatang apa la tu??? lepas aku 'selidik' baru aku tau rupa2 nya orang kampung aku panggil serangga ni 'wahid'......

memang pedih kalau kena serangga ni... aku dah ada pengalaman ..... yang ni aku detailkan lagi apa itu CHARLIE......

NamaAm : Kumbang Rove
Nama Saintifik : Staphylinidae (Insecta : Coleoptera : Staphylinidae)
Spesies Paederus fuscipes Curtis
Nama Tempatan : Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll.
Bilangan Spesies : Dianggarkan sekitar 47,000 spesies

   

sentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan\atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkankonjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenalisebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis.. ada juga kesan yang membawa maut...selalunya bisa charlie hanya akan meniggalkan parut....

Wednesday, 25 July 2012

tazkirah ramadhan

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan kerana dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah saw pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah saw dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.