1. Berusaha tidak bersendawa, menghindari makanan
yang menyebabkan sendawa atau makanan yang membanyakkannya. Dan jika
tidak dapat dihindari, bersendawalah dengan suara yang ringan, kemudian
bacalah istighfar sesudah sendawa.
Daripada Abu Juhaifah katanya,”Aku memakan kepingan roti dan daging kemudian aku mendatangi nabi lalu aku sendawa. Beliau bersabda, pendekkan sendawamu kerana sesungguhnya orang yang paling lapar pada Hari kiamat kelak ialah orang yang paling kenyang di dunia.”
2. Memotong kuku tangan dan kaki sekali setiap minggu. Janganlah
memanjangkannya walaupun sebahagian darinya kerana dikuatiri tersimpan
najis dan perbuatan demikian menyerupai haiwan yang buruk.
4. Mengutamakan bahagian kanan, yakni mendahulukan kanan dalam semua
perkara yang mulia, seperti ketika mandi, berwuduk, menghormat, berjabat
tangan. memakai pakaian atau kasut, memotong kuku, mengambil dan
menerima pemberian, makan dan minum. Mengutamakan bahagian kiri yakni
perkara yang tidak mulia, seperti membuang ingus, meludah, menanggalkan
pakaian dan kasut beristinjak, dan menyentuh aurat. Daripada Aisyah
katanya, Rasulullah s.a.w menggunakan tangan kanan untuk bersuci dan
makan, sedangkan tangan kiri untuk bersuci dan yang kotor-kotor
.
5. Jangan menghadap kiblat ketika meludah, membuang ingus dan kahak,
tapi hendaklah ke arah kiri dan pada saputangan yang khusus supaya tidak
mengganggu orang lain.
6. Mengalihkan wajah ketika bersin dari muka manusia, dan dari
makanan dan minuman agar percikan ingus tidak mengenai orang lain, dan
meletakkan saputangan atau tangan ke mulut, memperlahankan suaranya
sedapat mungkin.
Daripada Abi Hurairah katanya, Apabila Rasulullah s.a.w bersin, beliau meletakkan tangannya di mulutnya dan dengannya suaranya menjadi tidak kuat.
7. Memuji Allah sesudah bersin.
8. Orang yang bersin dan memuji Allah hendaklah dijawab dengan
(yarhamukallah) dan orang yang bersin pula menjawabnya dengan doa yang
berikut (yahdikumullahu wa yushlihu balakum)
9. Meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan
yang tidak layak ketika mulut terbuka, juga untuk menghalang sesuatu
masuk ke dalam mulut. Juga disuruh mengurangkan suaranya, dan jika
dapat, jangan sampai mengeluarkan suara. Selepas menguap hendaklah
beristighfar kepada Allah kerana menguap adalah bukti kemalasan. Oleh
itu Allah tidak menyukainya dan menyatakan bahawa ia disebabkan syaitan.
Dari Abu Hurairah bahawa nabi bersabda, “Sesungguhnya Allah suka akan bersin dan benci akan menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan ”Yarhamukallah”. Adapun menguap adalah dari syaitan, jadi jika salah seorang dari kamu menguap maka hendaklah ia mengembalikannya sedapat mungkin kerana apabila kamu menguap, syaitan ketawa melihatnya.”
10. Menjaga kebersihan secara menyeluruh dengan cara mandi dan menyucikan diri.
11. Mengingat Allah dan bersyukur kepadaNya ketika berkaca (melihat
wajah di cermin) kemudian berdoa dengan doa yang warid dari nabi : ”Segala puji bagi Allah, sebagaimana engkau elokkan kejadian aku maka elokkanlah akhlakku.”
12. Menggunakan telefon bila perlu sahaja, bukan untuk bermain-main,
bergurau atau untuk mengejutkan orang lain, dan bertelefonlah pada
waktu-waktu yang sesuai, awali percakapan dengan salam, mengenalkan
diri, kemudian menyebut maksud.
13. Membiasakan diri dengan amal yang salih, seperti beribadah,
bersedekah, sembahyang unat, menghampirkan diri kepada Allah, berzikir
dan membaca Al-Quran. Jangan meninggalkan demikian kerana malas, enggan
atau kesibukan dunia.
Daripada Aisyah katanya, amalan yang disukai Rasulullah ialah amalan yang terus menerus dilakukan seseorang.
14. Meninggalkan berlebihan dalam segala suatu, tidak melakukan suatu
yang tidak berguna, selalu memperbaiki diri dan berusaha
memperbaikinya.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda ”Sebahagian tanda kebagusan Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak dimaksudnya.
15. Memberi nasihat kepada orang yang mengenali kebaikan, yakni
dengan nasihat yang baik bagi orang itu samaada pada agamanya atau
dunianya.
16. Menerima nasihat orang lain, mahu mengakui kebenaran dan kembali
semula kepadanya, juga mengakui kesalahan diri sendiri jika memang benar
sudah salah, dan jangan berterusan padanya, kerana kebenaran itu ialah
barang orang mukmin yang hilang, yang terus dicarinya dan akan berterima
kasih kepada orang yang menyerahkannya kepadanya serta memuji setiap
orang yang sudi memberi nasihat.
17. Membiasakan hidup sederhana, mensyukuri yang sedikit, dan
meninggalkan hidup bermewah-mewah dan bersenang-senang di dunia kerana
sifat itu menjauhkan diri dari takbur dan ujub serta selamat dari sifat
sombong, memuji-muji diri dan angkuh.
Dari Aisyah katanya,”Tikar Rasulullah s.a.w diperbuat dari kulit yang disamak setelah dipenuhi dengan sabut.”
18. Ikhlas kerana Allah dalam semua pekerjaan, menjadikan matlamat
utama dari kehidupan sebagai syiar orang mukmin yang diletakkannya di
hadapan dan terus menerus mengulang-ulang sebutan ”Oh Tuhanku, Engkaulah
tujuanku, dan RedaMulah yang ku cari”.
.





